Adaptasi Clannad (permainan)

Publikasi dan buku-buku

Sebuah buku bersaiz majalah dengan tiga puluh sembilan jumlah halaman yang digelar pre-Clannad diterbitkan oleh Softbank Creative pada 15 April, 2004. Buku tersebut mengandungi imej-imej daripada novel visual, dan penerangan singkat terhadap watak-wataknya, termasuklah lakaran-lakaran dan lukisan konsep. Sebuah buku peminat visual dengan 160 buah halaman diterbitkan oleh Enterbrain pada 12 Oktober, 2004 yang mengandungi penerangan kisah Clannad Grafik komputer, buku muzik untuk tema-tema pembuka dan penutupnya, dan adegan temu ramah bersama-sama para penerbit. Di penghujung buku tersebut terdapat ilustrasi asal akan watak-watak Clannad daripada beberapa pelukis yang lain, selain daripada tiga buah bab tambahan daripada Official Another Story serta lakaran-lakaran penerbitan.

Sebuah set yang mengandungi empat belas cerita-cerita pendek berilustrasi yang ditambahkan ke dalam arkib kisah Clannad disirikan dalam isu majalah bishōjo Jepun iaitu Dengeki G's Magazine terbitan ASCII Media Works, di antara 30 Julai, 2004 dan 30 Ogos, 2005. Tiga belas bab-bab biasa, termasuklah bab tambahan disirikan dan judul utama kepada koleksi tersebut ialah Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over (Official Another Story Clannad 光見守る坂道で, Official Another Story Clannad: Hikari Mimamoru Sakamichi de). Set tambahan ini ditulis oleh kakitangan senario Key dan setiap kisanya didampingi ilustrasi-ilustrasi oleh pelukis Jepun iaitu GotoP. Dua buah cerita lain pula disertakan apabila mereka disatukan sebagai sebuah jilid tebal yang dijual pada 25 November, 2005, mengandungi 103 buah halaman. Koleksi cerita pendek ini kemudiannya dikeluarkan semula menerusi telefon bimbit iaitu SoftBank 3G dan FOMA hasil ciptaan Prototype menerusi Visual Art's Motto mulai bulan Januari 2008.[17] Sebuah bab dikeluarkan secara mingguan dengan penjualan SoftBank 3G iaitu tiga minggu dibelakang versi FOMA, dan sebuah versi untuk telefon bimbit au dikeluarkan pada musim panas 2008.[18]

Drama CD

Terdapat dua buah set berbeza terhadap Drama CD Clannad yang berdasarkan sirinya. Set pertama, hasil ciptaan Frontier Works, mengandungi lima buah CD yang bertumpu kepada watak-watak heroin yang berbeza dalam kisah Clannad, daripada watak Nagisa, hingga ke Kotomi, FUko, Kyou dan seterusnya Tomoyo. Jilid yang pertama dikeluarkan di Jepun pada 25 April, 2007 sebagai sebuah edisi terhad dengan sebuah klip tambahan disertakan. Jilid kedua hingga kelima dikeluarkan setiap satu setiap bulan daripada 25 Mei, 2007 hingga 24 Ogos, 2007.[19] Set yang kedua, hasil ciptaan Prototype, mengadungi empat buah CD; yang pertama dikeluarkan pada 25 Julai, 2007. Jilid-jilid kedua hingga keempat dikeluarkan setiap sebulan setelah yang pertamanya dikeluarkan, di mana jilid terakhirnya siap diterbit pada 24 Oktober, 2007.[20] Setiap satu CD adalah berdasarkan kisah daripada koleksi Official Another Story Clannad: On the Hillside Path that Light Watches Over. Pelukisnya iaitu GotoP, yang menghasilkan ilustrasi buat cerita-certia pendeknya, turut menghasilkan bahan ilustrasi untuk kulit hadapan CD Dramanya.[20]

Filem

Rencana utama: Clannad (filem)

Toei Animation (syarikat animasi yang mencipta anime asal Kanon dan filem Air) mengumumkan di Tokyo Anime Fair pada 23 Mac, 2006, bahawasanya sebuah filem animasi akan dihasilkan.[21][22] Filem Clannad ini dikeluarkan pada 15 September 2007, di bawah arahan pengarah yang sama kepada filem Air, iaitu Osamu Dezaki.[23] Filem tersebut merupakan sebuah penterjemahan cerita semula terhadap plot Clannad yang bertumpu kepada babak-babak watak perempuannya yang utama iaitu Nagisa Furukawa. Filem tersebut dikeluarkan untuk keluaran DVD dalam tiga buah edisi: edisi Collector's Edition, Edisi Terhad serta Edisi Biasa pada 7 Mac, 2008.[24]

Anime

Pada 15 Mac, 2007, stesen televisyen Jepun iaitu BS-i mengumumkan bahasa sebuah siri anime Clannad akan ditayangkan menerusi sebuah treler teaser sepanjang 30 saat, yang ditayangkan sejurus selepas tamatnya episod terakhir siri anime Kanon yang baru.[25] Clannad dihasilkan oleh Kyoto Animation dan diarahkan oleh Tatsuya Ishihara, yang turut mengarahkan adaptasi lain dalam novel-novel visual Key seperti Air dan Kanon. Siri anime ini disiarkan daripada 4 Oktober, 2007 hingga 27 Mac, 2008, mengandungi dua puluh tiga buah episod daripada dua puluh empat yang dirancangkan;[26] jam siarannya mula-mula sekali diumumkan pada 11 Ogos, 2007 di festival Anime Fiesta TBS, juga sewaktu episod pertamanya diperlihatkan. Episod terkahir dikeluarkan sebagai sebuah OVA dalam kompilasi DVD kelapan pada 16 Julai, 2008 dan mengambil tempat disebuah alam berbeza daripada siri anime asalnya, di mana Tomoya dan Tomoyo sedang berpacaran.

Sebuah siri anime musim kedua mula-mula diumumkan dalam isu Mei 2008 Dengeki G's Magazine berjudul Clannad After Story. Siri ini dianimasi oleh Kyoto Animation, menggambarkan kejadian yang mengambil tempat dalam babak After Story daripada novel visual asalnya, yang juga merupakan sambungan kepada cerita Nagisa, dalam dua puluh empat episod. Kakitangan serta pelakon suara latar yang sama digunakan untuk siri keduanya yang telah mula ditayangkan di Jepun mulai 3 Oktober, 2008.[27][28]

Tema pembuka bagi musim pertama ialah "'Mag Mell' ~cuckool mix 2007~" oleh Eufonius, sebuah versi remix kepada lagu "'Mag Mell' -cockool mix-", yang terdapat pada cakera ketiga dalam soundtrack permainan videonya, yang turut merupakan versi remix kepada tema pembuka permainan videonya iaitu "Mag Mell" (メグメル, Megu Meru). Tema penutup bagi musim pertamanya ialah "Sebuah Keluarga Besar Dango" (だんご大家族, Dango Daikazoku) oleh Chata. Nadanya adalah serupa dengan "Sebuah Tapak Tangan Kecil" (小さなてのひら, Chiisana Tenohira), iaitu tema penutup bagi babak After Story dalam permainan videonya. Tema pembuka musim keduanya ialah "Sebuah Lagu untuk Membazirkan Masa" (時を刻む唄, Toki o Kizamu Uta) yang menggunakan nada yang serupa kepada muzik latar trak yang berjudul "Kepada Tahap yang Serupa" (同じ高みへ, Onaji Takami e). Tema penutupnya ialah "Torch", dan kedua-dua temanya dinyanyikan oleh Lia.

Siaran radio Internet

Sebuah siaran radio Internet untuk mempromosikan siri anime Clannad bergelar Nagisa to Sanae no Omae ni Rainbow (渚と早苗のおまえにレインボー) ditayangkan daripada 5 Oktober, 2007 hingga 3 Oktober, 2008, mengandungi lima puluh dua buah episod.[29] Siaran Internet ini dihasilkan oleh Onsen dan Animate TV, mempamerkan Mai Nakahara sebagai hos yang juga menyumbangkan suara untuk watak Nagisa Furukawa dalam siri anime, disamping Kikuko Inoue, yang menyumbangkan suara Sanae Furukawa, dan dapat ditonton secara online setiap Jumaat.[29] Beberapa pelakon suara latar daripada adaptasi anime siri ini muncul dalam siaran tersebut sebagai para jemputan termasuklah Ryō Hirohashi (sebagai Kyou), Atsuko Enomoto (sebagai Yukine), Akemi Kanda (sebagai Ryou), Yuichi Nakamura (sebagai Tomoya), dan Daisuke Sakaguchi (sebagai Youhei). Sebuah CD kompilasi yang mengandungi siaran tiga belas yang pertama siri ini dihasilkan pada 18 Jun, 2008.[30] Kompilasi CD kedua mengandungi episod empat belas hingga dua puluh enam yang diedarkan pada 15 Oktober, 2008, dan kompilasi ketiga CD tersebut juga dikeluarkan pada 19 November, 2008.

Sebuah siaran radio Internet kedua untuk mempromosikan siri anime Clannad After Story yang bergelar Nagisa to Sanae to Akio no Omae ni Hyper Rainbow (渚と早苗と秋生のおまえにハイパーレインボー) ditayangkan daripada 10 Oktober, 2008 hingga 10 April, 2009, mengandungi dua puluh enam buah episod. Siaran ini juga turut dihasilkan oleh Onsen dan Animate TV, dan dipaparkan secara online setiap hari Jumaat.[29] Siri ini mempamerkan tiga orang hos iaitu kedua-dua hos asalnya disamping Ryōtarō Okiayu yang memainkan watak Akio Furukawa dalam siri animenya.

Rujukan

WikiPedia: Clannad (permainan) http://61.199.33.219/games/info/visual/key/clannad... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2006-03-25/to... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-12-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-01-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-02-29/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-16/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-20/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-27/cl... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-27/cl...